Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Penulis Lirik Isabella, Bob Lokman Meninggal Dunia

Takziah buat seluruh keluarga

Penulis lirik lagu Isabella, Mohd Hakim bin Lokman atau dikenali sebagai Bob Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian.

Berita duka itu disampaikan oleh pelakon Sharifah Shahirah menerusi hantaran di Instagram.

Sumber: Instagram

Pergi di Jumaat yang barokah. Al-Fatihah.

Sharifah Shahirah

Dalam pada itu, Sharifah Shahirah turut meminta orang ramai agar mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat arwah Bob Lokman.

Sharifah Shahirah

Allahyarham sebelum ini difahamkan sudah lama menghidap penyakit melibatkan jantung di mana beliau bergantung kepada alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).

Allahyarham terkenal dengan penulisan lagu

Allahyarham terkenal dengan penghasilan lagu. Malah beliau adalah seorang pengiat seni yang telah memberi sumbangan yang besar dalam industri hiburan negara. Antara karya lirik lagu popular yang pernah ditulis beliau terdiri daripada Isabella, Taman Rashidah Utama, Rendang Tak Berbuah dan Intanku Kesepian.

Selain itu, beliau juga adalah seorang pelakon dan pernah membintangi filem antaranya adalah Yes, Tuan!, Notti, Santau dan Sekali Lagi.

Takziah diucapkan buat seluruh keluarga Bob Lokman dan didoakan semoga Almarhum Bob Lokman ditempatkan di kalangan orang beriman.

Total
0
Shares
Related Posts