Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Tidak Perlu Pakai Pelitup Muka Dalam Masjid & Surau Mulai Esok

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan bahawa negeri Selangor masih mengekalkan pemakaian pelitup muka di masjid dan surau sehingga perkenan Sultan Sharafuddin untuk mendapatkan ketetapan baru.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Khairy mengumumkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup tidak diwajibkan.

TERKINI, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak lagi diwajibkan mulai esok.

Baca juga: Pelitup Muka Kini Tidak Lagi Wajib Walaupun Dalam Bangunan

Ketetapan ini telah pun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahmulai serta dibuat selepas menilai situasi semasa Covid-19 dan mengambil kira keperluan terkini.

Walau Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau amat digalakkan untuk Individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema serta mereka yang berisiko tinggi seperti warga tua serta kanak-kanak.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts