Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kiplepay Maklumkan Pengguna Tentang Potensi Data Digodam

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Kiplepay melalui email.
Kiplepay

Syarikat e-wallet Kiplepay, telah memberi makluman kepada pengguna, terhadap potensi dimana perkhidmatan mereka mungkin diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut laporan TheStar, Kiplepay sedia maklum tentang kad Kiple Visa Prepaid Card yang mungkin telah diceroboh. Siasatan dan kajian forensik sedang dilakukan.

Syarikat e-wallet itu juga telah memaklumkan perkara ini kepada pengguna yang terkesan dengan pencerobohan data. Walau bagaimanapun, tiada makluman tentang berapa ramai yang terkesan dengan pencerobohan data ini.

Baca juga: iPay88 Sah Digodam, Data Kad Pengguna Terjejas

Untuk makluman, Kiplepay ialah anak syarikat Green Packet. Syarikat itu memperkenalkan Kad Prabayar Kiple Visa pada 2021, menyasarkan pelajar untuk membeli tanpa tunai dan bagi perniaga untuk mempercepatkan penyelesaian pembayaran.

Sumber: TheStar

Total
0
Shares
Related Posts