Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

iPay88 Sah Digodam, Data Kad Pengguna Terjejas

iPay88 telah memulakan siasatan pada 31 Mei dengan pakar keselamatan siber
iPay88

Penyedia perkhidmatan pembayaran dalam talian iPay88 telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang insiden digodam yang mungkin menjejaskan data kad pengguna.

Dalam kenyataan tersebut, iPay88 telah memulakan siasatan pada 31 Mei dengan pakar keselamatan siber untuk mengurangkan pencerobohan data dari platform itu.

iPay88
Photo by Ilya Pavlov on Unsplash

Syarikat itu juga memaklumkan tiada aktiviti mencurigakan dikesan sejak 20 Julai selepas tindakan keselamatan itu diambil.

Walau bagaimanapun, syarikat itu tidak mendedahkan bilangan pengguna terkesan dan bila isu keselamatan itu berlaku.

Siasatan masih dijalankan dan telah bekerjasama dengan pihak berkuasa dan berkaitan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Siasatan masih dijalankan dan kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan pihak berkaitan mengenai perkara ini. Lebih banyak kemas kini dan penemuan terperinci akan dikongsi dalam masa terdekat. Semua rakan kongsi institusi kewangan telah dimaklumkan dan sentiasa dikemas kini.

iPay88

Sumber: Ipay88

Total
0
Shares
Related Posts