Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Disneyland Di Melaka Hanyalah Berita Palsu?

Rupanya berita palsu…

Sebelum ini kita digemparkan bahawa Disneyland akan dibina di Melaka. Taman Tema Disneyland dan Disney City akan dibangunkan di daerah Jasin pada 2027.

Berita mengenai taman tema mega di Melaka didedahkan oleh EXCO Jawatankuasa Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis semasa majlis menandatangani projek Maglev di Melaka.

Beliau berkata Disneyland dan “Disney City” akan menjadi yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara dengan keluasan 150 hingga 200 ekar.

Disneyland di Melaka adalah berita palsu dan salah faham?

Heather Chen yang merupakan seorang wartawan CNN telah menghubungi pihak Disney dan memaklumkan bahawa tiada perancangan rasmi pembinaan taman tema Disney di Melaka sekaligus menjadikan ianya hanyalah spekulasi semata-mata.

Malangnya, dia memadamkan tweet asalnya di bawah arahan Disney. Bagaimanapun, Heather menjelaskan bahawa “Tiada rancangan rasmi untuk taman bertema Disney di Melaka, laporan tersebut adalah spekulatif dan salah maklumat semata-mata,” katanya.

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi daripada Disney. Dilaporkan bahawa projek Disneyland di Melaka menelan belanja RM2 bilion yang jauh lebih rendah daripada kos RM15-16 bilion untuk membina Hong Kong dan Shanghai Disneyland.

Total
0
Shares
Related Posts