Baru-baru ini beberapa kejadian pokok tumbang berlaku di sekitar Lembah Klang. Perkara itu telah menyebabkan kebimbangan orang ramai.
Kebimbangan itu memuncak apabila Insiden itu telah meragut nyawa pengguna jalan raya pada 7 mei lalu di Jalan Sultan Ismail.
Susulan itu, wujud segelintir yang meminta agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera mengambil tindakan untuk melakukan pemeriksaan pokok-pokok di sekitar ibu kota.
Tidak Semua Pokok Di KL Adalah Tanggungjawab DBKL
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok rasmi DBKL menjelaskan terdapat dua jenis pokok di Kuala Lumpur iaitu pokok awam dan juga pokok persendirian.
Menurutnya, pihak DBKL hanya bertangungjawab pada pokok awam manakala pokok persendirian pula adalah di bawah tanggungjawab individu persendirian.
Pokok public adalah tanggungjawab DBKL, Tapi kalau pokok private, ia adalah tanggungjawab persendirian untuk jaga pokok tersebut.
friendsofdbkl
Selain itu, DBKL turut mendedahkan pokok-pokok di sekitar bandar raya ini tiada had usia tetapi ia dipantau bagi memastikan pokok di bawah jagaan dalam keadaan baik dan selamat.
Dalam pada itu, pihak DBKL menasihati masyarakat untuk segera membuat laporan kepada mereka sekiranya terlihat mana-mana pokok yang berisiko untuk mendatangkan bahaya.