Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Jumlah Penagih Dadah Di Malaysia Meningkat 27 Peratus

Masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah serta bahan terlarang di negara ini menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus dari Januari hingga Jun tahun ini, berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu merupakan antara negeri yang mencatatkan kes penyalahgunaan dadah tertinggi bagi setiap 100,000 penduduk, manakala Selangor paling ramai penagih.

Jumlah kes yang direkodkan dari Jan hingga Jun 2023 ialah 118,820, manakala dalam tempoh yang sama tahun lepas, 93,534 kes direkodkan.

“Lebih 137,000 penagih dadah direkodkan tahun lepas, dengan 65% daripadanya melibatkan belia dan remaja,”

Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon

Menurut sumber, terlalu banyak masa terluang tanpa melakukan sebarang aktiviti adalah antara faktor penyumbang utama.

AADK menyasarkan untuk mengurangkan kadar penagihan dadah kepada kurang daripada 400 setiap 100,000 penduduk menjelang 2025, turun daripada 426 setiap 100,000 penduduk pada 2022.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts