Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Simpan Gambar Lucah Bekas Kekasih, Ikon Pemotoran Mengaku Tidak Bersalah

IKON permotoran, Haqiem Stopa atau nama sebenar Muhammad Sadzri Hakim Jaafar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas kekasihnya dalam dua telefon bimbit miliknya.

Muhammad Sadzri berusia 22 tahun didakwa menyimpan gambar dan foto lucah bekas kekasihnya, 21 di dalam galeri telefon bimbit jenis Iphone 13 Pro Max dan Iphone 7plus miliknya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292(a) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Baca Juga: PU Azman Didakwa Lagi? Atas Tuduhan Amang Seksual

Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin. Walau bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Mohd. Faiz Fahmy Abdul Razak memohon jumlah ikat jamin dikurangkan dengan alasan tertuduh perlu menanggung ibu bapa yang uzur.

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 23 Februari tahun depan.

Terdahulu, tertuduh telah ditahan polis selepas disyaki mengugut untuk menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya dalam satu kejadian di sebuah rumah di Rawang, 9 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata suspek ditahan sehari sebelumnya untuk siasatan selepas polis menerima laporan yang dibuat mangsa.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts