Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Lelaki Ditahan Cuba Rompak Kedai Emas Guna Pistol Mainan

Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan selepas dipercayai cuba merompak sebuah kedai tukang emas dengan pistol mainan di Ipoh, Perak

Suspek yang berasal dari Seremban, memasuki kedai di Jalan Sultan Iskandar pada pukul 2 petang pada 6 Disember, mendakwa dia berminat untuk membeli rantai emas.

“Selepas melihat rantai itu, suspek menyambarnya sebelum mengacukan pistol mainannya ke arah pekerja kedai itu,” kata ketua polis daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan.

Dua anggota polis dihantar dari balai Pasir Puteh selepas kejadian jenayah itu dilaporkan, Suspek akhirnya ditahan berhampiran Jalan Dato Onn Jaafar.

Baca Juga: Pekerja ‘Stress’ Kerana Dibayar Untuk Tidak Buat Apa-Apa

Semasa tangkapan, kita turut merampas pistol mainan plastik di dalam beg suspek.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan

Kes itu diselesaikan dalam masa 30 minit. Penyamun telah ditahan dan direman. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun.

Sumber: TheStar

Total
0
Shares
Related Posts