Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Helicopter Terhempas Di Cameron Highland, Mangsa Ditemui Selamat

Sebuah helikopter Airbus AS 355 F2 dinaiki lima penumpang dilaporkan terhempas di Brinchang, Cameron Highlands tengah hari tadi.

Helikopter membawa lima pegawai perubatan termasuk seorang juruterbang itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak dari Lojing, Cameron Highlands.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.15 petang tadi. Bagaimanapun kesemua mangsa dilaporkan selamat.

Seorang penumpang helikopter cedera parah manakala lima penumpang cedera ringan

Sumber: Bomba & Penyelamat Negeri Pahang

Menurut laman Facebook Bomba & Penyelamat Negeri Pahang, kesemua mangsa didapati mengalami kecederaan ringan, bagaimanapun seorang mengalami patah paha. Mangsa menerima rawatan awal di tempat kejadian sebelum dibawa ke tempat selamat.

Baca Juga: 6 Remaja Lelaki Didakwa Atas Pertuduhan Merogol Pelajar Tingkatan Dua

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkata siasatan ke atas insiden itu akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan.

Sumber: Bernama

Total
0
Shares
Related Posts