Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pemandu Bas ‘Crush’ Dengan Murid Sekolah Ditahan

Seorang pemandu bas sekolah tular di TikTok telah ditahan di Johor berikutan tindakannya membabitkan pelajar perempuan sekolah.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata suspek yang dikenali sebagai ‘Abang Bas’ di TikTok, ditahan pada 2.57 pagi pada 6 September di lokasi yang tidak didedahkan di Simpang Renggam, dekat Kluang.

Beliau berkata tangkapan itu dilakukan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) polis Kluang selepas diarah oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Dalam satu ciapan, Menteri itu berkata bahawa tingkah laku pemandu bas sekolah merakam dan memuat naik video kanak-kanak perempuan sekolah itu adalah tidak wajar dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Beliau juga berkata tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Pemandu bas itu kini disiasat mengikut Seksyen 15(a)(III) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001, kerana menyiarkan gambar kanak-kanak melalui apa-apa perantara elektronik.

“Bagi kedua-kedua kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali selain denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali,”.

Total
0
Shares
Related Posts