Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Perdana Menteri Umum Bubar Parlimen Berkuat Kuasa Hari Ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membuka laluan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan

Perutusan khas itu disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi Ismail Sabri pada 3 petang hari ini, selepas memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bertindak menurut budi bicara baginda dengan memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen Ke 14 dibubarkan pada hari ini (Isnin 10 Oktober 2022).

Baca juga: Kerajaan Selangor Pertimbangkan Darurat Iklim

Saya mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya, bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen, meskipun beberapa negeri sudah telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat dan kerabat diraja kerana mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri, terutama ketika beliau mengambil alih peranan semasa kemuncak pandemik Covid-19.

Total
0
Shares
Related Posts