Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Fasa Pertama PLKN 3.0 Libatkan Golong Belia & Pelajar Tingkatan 4

Selepas mengumumkan kembalinya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), semalam Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan butiran program versi 3.0 itu.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen (AP) Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari, Mohamad Hasan menegaskan PLKN 3.0 akan dilakukan dalam 2 fasa dan akan disasarkan kepada belia Malaysia berumur 16 hingga 35 tahun.

Fasa 1 akan dijalankan di sekolah dan melibatkan pelajar Tingkatan 4. Selain itu, fasa pertama ini akan menjurus kepada aktiviti kokurikulum beruniform seperti pengakap, polis dan bomba.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan fasa 1 tidak akan melibatkan pelajar tingkatan 5 kerana kerajaan mahu mereka memberi tumpuan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sementara itu, fasa 2 akan dijalankan selepas fasa persekolahan, di mana hanya lepasan SPM akan dipilih.

Fasa 2 sendiri akan melibatkan latihan selama 45 hari, 90% daripadanya adalah latihan asas ketenteraan manakala baki 10% lagi adalah mengenai pembinaan negara.

Menteri Pertahanan seterusnya menjelaskan 13 Kem Askar Wataniah di seluruh negara termasuk Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur akan digunakan untuk fasa 2.

Sumber: astroawani

Total
0
Shares
Related Posts