Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Laman Web Imigresen Lumpuh Digodam, JIM Beri Jaminan Tiada Kebocoran Maklumat

Laman web rasmi Jabatan Imigresen (JIM) telah digodam pada pukul 2 pagi hari ini oleh penggodam yang menggelarkan diri sebagai ‘CaptainSmok3r’.

Menurut akhbar tempatan, serangan siber berbentuk defacement itu telah mengakibatkan muka hadapan laman sesawang JIM ditukar kepada paparan imej yang lain.

Walau bagaimanapun, capaian-capaian yang berkaitan dengan perkhidmatan JIM seperti myIMMs, SSPI dan lain-lain tidak terkesan dengan insiden ini.

Bahagian Teknologi Maklumat JIM juga telah mengadakan perbincangan dan bekerjasama dengan pihak Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity bagi membantu jabatan itu dalam tindakan pengukuhan laman web.

Sumber: bharian

Total
0
Shares
Related Posts