Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 15 Mei dan berterusan sehingga September ini. Peralihan monsun itu akan menyebabkan taburan hujan lebih rendah berlaku di kebanyakan tempat dalam tempoh itu.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah, semasa Monsun Barat Daya, angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah dan keadaan atmosfera lebih stabil yang menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini.
βSehubungan itu, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak berbanding bilangan hari hujan,β katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca Juga: Cuaca Panas Akibat Kurang Taburan Hujan
Beliau juga menyarankan agar orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini.