Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Anak Masih Hidup, Mayat Siapa Di Rumah?

Sebuah keluarga di Negeri Sembilan terkejut apabila anak mereka yang didakwa telah meninggal dunia dan hampir mengadakan upacara pembakaran rupanya masih hidup.

Menurut laporan, keluarga dari Taman Desa Permai itu hendak memulakan proses pembakaran mayat apabila menerima panggilan telefon daripada Jabatan Penjara, yang memberitahu bahawa anak lelaki mereka masih hidup.

Mereka kemudian dimaklumkan bahawa mayat yang hendak dibakar itu sebenarnya adalah rakan penjaranya.

Anak lelaki ditahan pada 28 Februari lalu dan kini ditahan reman di Penjara Sungai Buloh.

Pada 3 Mac lalu, Bapa mangsa yang ingin dikenali sebagai A.Chantren telah menerima panggilan daripada Penjara Sungai Buloh yang memaklumkan anaknya telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

Keluarga itu juga diberitahu bahawa mereka boleh menuntut mayat di Hospital Sungai Buloh.

Susulan itu, Chantren telah ke hospital berkenaan untuk menuntut mayat ‘anaknya’ berusia 19 tahun itu.

Bagaimanapun, saya binggung kerana mayat itu langsung tidak menyerupai wajah anak saya selain ada kesan jahitan akibat bedah siasat dan berkepala botak.

Baca Juga: 90 Rumah Di Kampung Cenderamata Terbakar, Ratusan Hilang Tempat Tinggal

Hanya beberapa jam sebelum upacara pembakaran bakar mayat, hospital telah telefon dan kata anak saya masih hidup. Kami sekeluarga terkejut, jadi mayat siapa yang ada di dalam rumah kami?

Disebabkan kejadian itu, dia dan keluarga sedikit terganggu selepas mengeluarkan kira-kira RM20,000 untuk menyewa khemah, menyediakan makanan serta kos pembakaran mayat.

Difahamkan, Jabatan Penjara sudah membuat tuntutan mayat dari krematorium Tampin dan memaklumkan kematian itu kepada waris.

Sumber: News Strait Times

Total
0
Shares
Related Posts