Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Scammer Manipulasi Wajah & Suara Khairul Aming Untuk Scam

Baru-baru ini, Khairul Aming berkongsi video berkenaan telah disunting bagi mempromosikan sebuah produk peralatan dapur.

Khairul Aming berkata bahawa suara dalam video palsu itu bukan miliknya dan dijana menggunakan AI.

“Fitnah dah makin berleluasa. Please tolong report scammer yang salah guna muka dan suara orang untuk menipu orang ramai. KA tak jual barang2 selain dari Sambal Nyet dan Dendeng Nyet sahaja.

Dia menegaskan bahawa terdapat video palsu lain yang mendakwa menjual periuk memasak, jam tangan Apple, pengisar dan banyak lagi.

“Jual dendeng dengan sambal pun dah penat guys, tolong jangan percaya KA jual gadget ke apa ke,” katanya.

Sehubungan itu, katanya beliau menggesa orang ramai supaya berhati-hati kerana AI kini semakin disalah guna termasuk oleh pihak yang mahu memperdaya dan melakukan penipuan.

Kaedah penggunaan video AI untuk melakukan penipuan online bukanlah perkara baru. Sebelum ini scammer menggunakan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Datuk Lee Chong Wei untuk video yang mempromosikan scam pelaburan.

Total
0
Shares
Related Posts