Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Khairul Aming Kongsi Cara Simpan Daging Dendeng Nyet Berapi

Khairul Aming adalah seorang pempengaruh yang terkenal dengan produk keluaran pertamanya iaitu sambal nyet berapi.

Pada tahun ini Khairul Aming mengembangkan perniagaannya dengan memperkenalkan satu lagi produk terbaharu iaitu Dendeng Nyet Berapi.

Melalui hantaran video di laman X, Khairul Aming telah menunjukkan beberapa cara untuk menggunakan hidangan tersebut dalam makanan serta masakan.

Menurutnya, produk Dendeng Nyet Berapi itu boleh bertahan sehingga satu tahun walaupun disimpan dalam suhu bilik.

Malah, jika dendeng nyet berapi tidak dapat dihabiskan, anda hanya perlu menyimpannya ke dalam bekas tertutup sebelum dimasukkan ke dalam tempat sejuk beku.

Jangan risau, boleh lipat je packaging tu letak dalam bekas tutup dan simpan dalam freezer. Insya-Allah dia tahan lama. Haa nak makan balik nanti, panaskan balik sahaja

Khairul Aming

Untuk makluman, produk terbaharunya iaitu Daging dendeng nyet berapi bakal dilancarkan 2 Februari pada jam 9 malam menerusi siaran langsung di platform Tiktok rasmi Khairul Aming.

Sebanyak 80,000 unit produk terbaharu itu bakal dijual pada hari berkenaan.

Total
0
Shares
Related Posts