Seorang pelajar sekolah menengah berusia 14 tahun membuat laporan polis mendakwa seorang guru mengambil gambar alat sulitnya.
Pelajar itu juga mendakwa guru berkenaan mengugut untuk menyiarkannya secara dalam talian.
Menurut laporan berita tempatan, remaja itu mendakwa guru itu membawanya ke dalam bilik stor selepas dia menendang guru berkenaan ketika mereka bermain futsal.
Baca Juga: 6 Remaja Lelaki Didakwa Atas Pertuduhan Merogol Pelajar Tingkatan Dua
Dia mendakwa guru mengarahkannya menanggalkan seluar dan berbaring di atas lantai. Selepas itu, guru tersebut merakamkan gambar alat sulitnya menggunakan telefon bimbit.
Walau bagaimanapun, Polis Klang Selatan telah membuka siasatan berhubung laporan itu.