Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Beberapa Kawasan Di Sabah Dilanda Banjir Kilat

Beberapa kawasan di sekitar Sabah dilaporkan dilanda kepala air, banjir kilat dan tanah runtuh susulan daripada hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, hujan lebat yang berterusan telah melanda Tawau menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat antaranya Rawa-Rawa Batu 4, Jalan Damai, Lorong Haji Muis serta Sekolah Kebangsaan Batu 22 Jalan Apas.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Mazlan Sarman memberitahu, pihak bomba sedang giat menjalankan pemantauan di beberapa kawasan berpotensi dilanda banjir kilat di Tawau serta Kalabakan.

Dalam pada itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah melaporkan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom dipercayai akibat hujan lebat berterusan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, bagaimanapun jalan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan pada masa ini selain pengguna jalan raya diminta menggunakan jalan alternatif Jalan Tenom-Spitang

Total
0
Shares
Related Posts