Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pantai Morib Ditutup Sehingga 2 Julai

Kawasan rekreasi di Pantai Morib, Banting ditutup kepada orang awam dan peniaga sehingga 2 Julai depan dengan tujuan pembersihan kawasan susulan hujan lebat dan angin kencang semalam.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerusi kenyataan di Facebook berkata, persetujuan menutup kawasan pantai itu dibuat hasil perbincangan dan rangka kerja pembersihan serta pembaikan kerosakan oleh pihak pengurusan tertinggi majlis itu.

Difahamkan, 26 pokok tumbang terpaksa ditebang dan dialih, manakala beberapa tiang elektrik tumbang.

Kerja-kerja pengalihan pokok bagi membersihkan laluan awam giat dilaksanakan Skuad Pantas MPKL bersama bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan polis sejak petang semalam

Sumber: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)

Total
0
Shares
Related Posts