Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Penceramah Bebas Didakwa Atas Sembilan Salah Laku Seksual

Gangguan seksual adalah perbuatan terkutuk dan tidak boleh diterima oleh mana-mana individu. Kes gangguan seksual ini semakin berleluasa dan lebih menyedihkan lagi apabila mangsa gangguan seksual ini terdiri daripada golongan kanak-kanak yang belum cukup mengenal dunia.

Baru-baru ini, seorang penceramah bebas berhadapan dengan hukuman penjara selama 190 tahun apabila dia didakwa diatas tuduhan rogol, amang seksual serta hubungan seks dengan objek antara Jun 2021 hingga Februari tahun ini di sekitar bandar Puncak Alam.

Walau bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Fathi Na’im Mazlam mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd. Said.

Penceramah bebas bakal berdepan penjara 190 tahun?

Sumber: Utusan Malaysia

Penceramah itu didakwa atas tujuh pertuduhan merogol seorang remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Selain itu, Muhammad Fathi turut menghadapi tuduhan amang seksual ke atas mangsa sama di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, sekiranya disabitkan kesalahan.

Dalam pada itu, penceramah bebas itu juga dituduh melakukan perhubungan seks dengan memasukkan objek ke atas mangsa sama mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan boleh sampai 30 tahun serta sebatan.

Difahamkan, kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire di kawasan parkir dan hadapan sebuah surau serta dalam sebuah hotel di Bandar Puncak Alam antara Jun 2021 dan  Februari tahun ini.

Jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan

Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron yang juga Pengarah Pendakwaan Selangor menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan selain dilarang mendekati dan menghubungi mangsa secara fizikal atau komunikasi lain.

Pun begitu, peguam Samry Masri memohon jaminan dikurangkan berikutan anak guamnya memerlukan perbelanjaan bagi rawatan penyakit slip disc (tulang rawan tergelincir).

Baca Juga: 6 Remaja Lelaki Didakwa Atas Pertuduhan Merogol Pelajar Tingkatan Dua

Mahkamah menetapkan jaminan RM40,000 bersama seorang penjamin dan melaporkan diri di balai polis setiap awal bulan serta tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Sebutan semula kes pada 10 Januari depan.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts