Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

6 Remaja Lelaki Didakwa Atas Pertuduhan Merogol Pelajar Tingkatan Dua

Enam remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret, manakala dua lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan merogol seorang pelajar Tingkatan Dua dalam kejadian di Tawang Bachok antara pertengahan Ogos hingga September lepas.

Ketika pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Bachok Mohd Fauzan Mohd Suhairi, enam daripada mereka yang kesemuanya berumur 15 tahun mengaku bersalah.

Memetik laporan Bernama, Remaja lelaki itu didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun itu di dalam sebuah bilik di sebuah restoran di Jelawat antara 12.30 pagi dan 2.30 pagi pada Ogos dan September.

Kesemua remaja itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Namun, mereka dibenarkan diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan, mahkamah menetapkan perbicaraan semula pada 13 Disember.

Baca juga: ‘Buka Cepat, Aku Pecah Kang’ Lelaki Samun Kedai Serbaneka

Sementara itu, dua lagi tertuduh berusia 18 tahun yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu.

Dua remaja berusia 18 tahun itu mengaku tidak bersalah merogol mangsa pada tarikh dan lokasi yang sama, di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Hakim Mohd Zul membenarkan seorang daripada tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin manakala seorang lagi tertuduh tidak ditawarkan jaminan.

Tarikh perbicaraan semula untuk dua remaja berusia 18 tahun ditetapkan pada 23 November.

Total
0
Shares
Related Posts