Seorang pemuda yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 13 tahun lalu hanya memperoleh ganti rugi sebanyak RM123,556 berbanding RM3.1 juta selepas menang dalam kes samannya terhadap Kerajaan Malaysia dan empat pihak lain.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Ravintharan Paramaguru membuat keputusan itu sebulat suara selepas mendapati jumlah ganti rugi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini adalah terlalu tinggi.
Ganti rugi am RM2 juta diperoleh responden (pemuda) terlalu tinggi dan tidak disokong oleh sebarang dokumentasi. Oleh itu, ganti rugi am RM2 juta dikurangkan kepada RM100,000 manakala ganti rugi khas dikurangkan daripada RM108,356 kepada RM23,556.
Mangsa terpaksa menanggung kecacatan kekal pada zakar seumur hidup selepas seluruh kepala alat sulitnya terpotong ketika berkhatan di hospital kerajaan.
Akhtar, dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan pada 27 Mei 2022, berkata kelewatan kakitangan perubatan merawat kecederaan plaintif telah melenyapkan harapan untuk menyelamatkan alat sulitnya.
Baca Juga: Remaja Lelaki Dikurung & Diliwat Selepas Ditipu Ketika Mencari Kerja
Untuk makluman, Plaintif, yang memfailkan saman pada 19 Julai 2018 melalui ibunya, mendakwa proses bersunat pada 13 Dis 2010 ke atas beliau tidak dilakukan mengikut prosedur ditetapkan sehingga menyebabkan seluruh kepala zakar terpotong.
Akibat kecacatan kekal itu, ibu mangsa mendakwa anaknya yang ketika kejadian berusia 10 tahun telah berubah sikap menjadi amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya.
Sumber: kosmo