Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Warga Asing Ditahan Polis Kerana Mengintai Jiran

Seorang warga asing berstatus pelajar ditahan polis selepas cuba mengintai jirannya yang sedang mandi di sebuah kondominium di Cyberjaya semalam.

Kejadian itu telah disedari oleh jiran kepada mangsa yang sempat melihat suspek memanjat satu ruangan bersebelahan tandas rumah mangsa.

Malah, saksi telah cuba mengejar lelaki warga asing berkenaan namun suspek sempat melarikan diri bersama sehelai seluar milik mangsa.

Baca Juga: Cubaan Lemaskan Diri Gagal, Selepas Terapung 10 Jam

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, saksi yang juga merupakan pelajar kolej telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 2 petang.

Walau bagaimanapun, suspek berusia 23 tahun itu berjaya ditahan kira-kira pukul 4 petang bersama sehelai baju warna putih, sehelai seluar pendek warna hitam dan sepasang selipar warna hitam bersama sebuah telefon bimbit,

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 dan 379 Kanun Keseksaan dan siasatan mendapati, suspek adalah seorang pelajar dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau

Sumber: kosmo

Total
0
Shares
Related Posts