Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Tak Fasih Bahasa Melayu? Masih Boleh Renew Pasport

Baru-baru ini tular isu seorang lelaki berbangsa Cina mendakwa ibunya tidak dibenarkan untuk ‘renew’ pasport gara-gara tidak fasih bercakap bahasa Melayu.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, pegawai imigresen tidak boleh menolak pembaharuan pasport berdasarkan penguasaan bahasa

Jelas Datuk Ruslin, pengawai tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.

Bagaimanapun, dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melaksanakan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Susulan itu, semakan perlu dilakukan secara profesional dan berhemah. Beliau juga menekankan kepentingan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh jabatan itu.

Sumber: News Strait Times

Total
0
Shares
Related Posts