Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Di 8 Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka merentasi 8 negeri.

Menurut kenyataan itu, hujan lebat dijangka merentasi seluruh Pulau Pinang dan Terengganu.

Amaran sama turut dibuat untuk bahagian tertentu di Kedah termasuk Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, dan Baling.

Di Perak, ribut dijangka berlaku di Kerian, Larut, Matang, dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, dan Kampar.

Baca Juga: Beberapa Kawasan Di Sabah Dilanda Banjir Kilat

Antara kawasan yang terjejas di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, dan Kuala Krai.

Di Pahang, Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, dan Kuantan terjejas.

Di Malaysia Timur, penduduk Sarawak boleh menjangkakan ribut di Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei, dan Meradong) serta Mukah (Tanjung Manis dan Daro) manakala penduduk Sabah boleh menjangkakan ribut di Sandakan (Beluran) dan Kudat.

Total
0
Shares
Related Posts