Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Platform Media sosial, Aplikasi mesej Perlu Lesen mulai 1 Ogos

Baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan kerangka kawal selia untuk platform media sosial.

Mulai 2025, penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet di negara ini perlu memohon lesen.

Semua media sosial dan perkhidmatan pemesejan internet seperti Facebook, WhatsApp, Telegram, TikTok dsb. dengan sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas bagi Pembekal Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Penguatkuasaan keperluan pelesenan akan bermula pada 1 Januari 2025.

“Kegagalan mendapatkan lesen selepas tarikh kuat kuasa adalah satu kesalahan, dan tindakan undang-undang yang sewajarnya boleh diambil di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia,” kata SKMM dalam satu kenyataan kepada akhbar.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata peraturan baharu itu adalah untuk memastikan ekosistem dalam talian yang lebih selamat.

Peningkatan kes penipuan dalam talian, buli siber, dan kandungan dewasa terutamanya pedofilia, memainkan peranan besar dalam melakukan inisiatif tersebut

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menekankan kadar pematuhan yang rendah beberapa platform media sosial terhadap undang-undang Malaysia.

Menurut Fahmi, Instagram mendahului dengan kadar pematuhan 88%, diikuti oleh Facebook (85%), WhatsApp (79%), TikTok (76%), dan Telegram (73%).

X mempunyai kadar pematuhan terendah pada 25%. Platform itu kini terkenal dengan buli siber dan pornografi. Perubahan dasar terkini membolehkan pengguna memuat naik kandungan dewasa tanpa disekat.

Walaupun kadar pematuhan Facebook adalah tinggi, keseluruhan kejadian penipuan adalah membimbangkan, dengan SKMM menerima hampir 100,000 aduan sejak awal tahun 2024.

Sumber: X

Total
0
Shares
Related Posts