Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Bekas Perdana Menteri Ke-5 Pak Lah Alami Penyakit Demensia

Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi

Tun Abdullah bin Ahmad Badawi, atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Lah’, adalah Perdana Menteri Malaysia kelima yang berkhidmat untuk negara pada 2003 hingga 2009. Selepas meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada April 2009, beliau digantikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Datuk Seri Najib Razak. Sejak dari itu sukar untuk kita mendengar khabar berita tentang bekas perdana menteri itu.

Pak Lah derita demensia sejak bersara

Semalam, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin telah mengongsikan cerita mengenai kehidupan Bapa mentuanya, Khairy telah mendedahkan bahawa bekas perdana menteri berusia 82 tahun itu mengalami demensia.

Keluarga itu telah memutuskan untuk membuat pengumuman itu semasa di majlis pelancaran Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) untuk Demensia (Edisi Ketiga) dan Pengurusan Skizofrenia (Edisi Kedua) untuk mendapatkan perhatian awam terhadap penyakit demensia dan gangguan kognitif lain yang serupa. Keadaan Pak Lah dikatakan semakin merosot, dan kini memerlukan kerusi roda untuk pergerakan.

Saya lihat bapa mertua saya merosot ke tahap beliau tidak lagi berfungsi secara normal. Beliau tidak ingat nama saya, tidak ingat nama isteri saya

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin

Baca juga: Pelitup Muka Kini Tidak Lagi Wajib Walaupun Dalam Bangunan

Tidak Semua Keluarga Mampu Tanggung Tahap Penjagaan

Khairy menjelaskan bahawa tidak semua keluarga mampu menanggung tahap penjagaan pesakit demensia ini dan berkata kementeriannya kini sedang merancang untuk meningkatkan pelaburan dalam penjagaan kesihatan sosial yang dibiayai awam bagi keluarga yang tidak mampu.

Apa itu penyakit demensia?

Menurut laman web WHO, demensia bukanlah penyakit khusus tetapi sindrom yang boleh menjejas keupayaan untuk mengingat, berfikir, atau membuat keputusan serta mengganggu melakukan aktiviti harian. Malah, Penyakit Alzheimer adalah sejenis demensia yang paling kerap berlaku dikalangan orang tua.

Mengikut laporan dari MyHealth, kadar kekerapan demensia berlaku adalah di antara 2% hingga 20%. Ianya berganda setiap 5 tahun peningkatan usia bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas. Lebih dari separuh pesakit dementia mengalami penyakit Alzheimer.

Apakah tanda-tanda dan gejala?

Demensia memberi kesan yang berbeza terhadap setiap individu. Kesan tersebut bergantung kepada punca, keadaan kesihatan lain dan fungsi kognitif seseorang sebelum sakit. Tanda dan gejala yang dikaitkan dengan demensia boleh difahami dalam tiga peringkat.

Peringkat awal demensia sering diabaikan kerana permulaannya dianggap perkara biasa yang sering terjadi kepada individu. iaitu:

  • kehilangan jejak masa.
  • menjadi sesat di tempat yang biasa.

Gejala menjadi lebih jelas apabila:

  • menjadi pelupa akan sesuatu peristiwa dan nama orang.
  • menjadi keliru semasa berada di rumah.
  • mengalami kesukaran untuk berkomunikasi.
  • memerlukan bantuan dengan penjagaan diri.
  • mengalami perubahan tingkah laku, termasuk menyoal sesuatu perkara berulang kali.

Namun, demensia menjadi lebih kritikal apabila:

  • mengalami kesukaran untuk mengenali saudara mara dan rakan-rakan.
  • mengalami kesukaran berjalan.
  • mengalami perubahan tingkah laku dan menjadi agresif.

Adakah demensia boleh dirawat?

Pada masa ini dementia tidak boleh diubati, tetapi rawatan khusus kepada pesakit demensia dapat membantu dalam mengawal sesetengah gejala penyakit.

Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mencegah dari terkena penyakit demensia iaitu dengan aktif secara fizikal, tidak merokok, mengelakkan penggunaan alkohol, mengawal berat badan, makan makanan yang sihat, dan mengawal tekanan darah, kolesterol dan paras gula dalam darah.

Sumber: MyHealth, WHO, Astro Awani

Total
0
Shares
Related Posts