Lelaki (Suami) yang mendera isterinya dalam video tular minggu lalu dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret semalam.
Selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu, ahli perniagaan Reduan Mahamood, 58, dijatuhi hukuman oleh Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.
Hakim memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan pada 19 November. Reduan juga perlu menjalani tempoh tambahan sebulan jika gagal membayar denda.
Terdahulu, kesalahan tersebut dilakukan terhadap Adriana Mohd Arif, 45, di sebuah unit kondominium di Batu 9, Cheras pada 14 November lalu.
Baca Juga: Tular Video Lelaki Pukul Wanita, Polis Kota Kinabalu Lancar Siasatan
Berdasarkan video tular, kelihatan lelaki berambut panjang menarik tudung isterinya sebelum mangsa diheret dan ditendang berkali-kali di muka serta badan.
Sumber: Bernama