Kerajaan ingin memperkenalkan mekanisme subsidi bersasar dilaksanakan sesegera yang mungkin.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedar penetapan mekanisme berkenaan, termasuk bagi diesel dan RON95 tidak mudah dan agak kompleks.
Kami sedang berusaha ke arah itu, sebenarnya ada satu pasukan sedang mengusahakannya sekarang ini, dan terdapat beberapa cadangan tetapi kami tidak beberapa yakin dari segi keberkesanan pelaksanaannya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Sehubungan itu beliau berkata pihaknya sedang mempertimbangkan beberapa kertas kerja dan cadangan berhubung mekanisme berkenaan, bagi memastikan ia dapat dilaksanakan secara lebih efektif dan segera.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan subsidi bersasar adalah untuk memastikan hanya golongan yang selayaknya, dapat menikmati kemudahan tersebut.
Baca Juga: Malaysia Merupakan Negara Kedua Terburuk Untuk Golongan Transgender?
Sebelum ini Perdana Menteri berkata adalah tidak munasabah untuk kerajaan meneruskan subsidi seperti kos mengerjakan haji dan elektrik, kepada golongan T20.
Ia memandangkan sekurang-kurangnya 40 peratus daripada subsidi yang disalurkan kerajaan kepada orang miskin sebelum ini, turut dinikmati oleh golongan terbabit,” kata Anwar.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pada Mei berkata penetapan mekanisme bagi pemberian subsidi bersasar, sudah 75 peratus selesai dan hasil perbincangan berhubung mekanisme itu yang membabitkan pelbagai jawatankuasa, akan dibentangkan di Kabinet, sebelum sebarang keputusan lanjut dimuktamadkan.
Sumber: SinarHarian