Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Tular Video Lelaki Pukul Wanita, Polis Kota Kinabalu Lancar Siasatan

Baru-baru ini, tular video yang memaparkan seorang wanita ditendang dan dipukul oleh seorang lelaki.

Dalam video itu, seorang lelaki berbaju putih dilihat menolak seorang wanita ke dinding, kemudian memukulnya berulang kali. Malah, lelaki itu menggunakan selipar untuk memukul kepalanya berulang kali.

Video itu telah mengundang kemarahan netizen di media sosial. Mereka menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut.

Dipercayai kejadian itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di Kota Kinabalu, Sabah.

Memetik laporan Free Malaysia Today, polis Kota Kinabalu telah melancarkan siasatan terhadap video tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Zaidi Abdullah berkata tiada laporan diterima setakat ini dan pihaknya masih mengumpul maklumat berhubung kejadian itu.

Baca Juga: Pukul Anak Guna Meja, Ibu Direman Bantu Siasatan Kes Dera

Beliau turut menggalakkan sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Total
0
Shares
Related Posts