Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Peniaga Nasi Lemak Serang Suruh Tutup Kedai Sebab Jual Menu Sama?

Hidangan nasi lemak merupakan menu popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Boleh dikatakan ramai yang memilih juadah ini sebagai sarapan pagi. Malah, jika kita lihat banyak gerai yang menjual menu nasi lemak di kawasan berhampiran.

Esok aku taknak tengok nasi lemak kat sini, ok?

Baru-baru ini tular seorang peniaga diserang oleh pemilik gerai yang turut menjual menu sama di kawasan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) TTDI.

Dalam video berdurasi dua minit, wanita tersebut dilihat bersama seorang lelaki sedang menakutkan peniaga itu dengan memetik nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Baca juga: Demi Anak, Pemuda Ini Sanggup Cari Mainan Terbuang

Malah, mereka turut mengugut peniaga berkenaan untuk tidak berniaga lagi di lokasi tersebut mulai esok hari.

Tak sangka dengki sampai macam tu

Menjengah diruangan komen, ramai kurang senang dengan sikap dengki wanita tersebut yang sanggup menghalau peniaga lain demi kepentingan dirinya.

Rezeki ada dimana-mana, janji kita tak dengki dengan perniagaan orang. Harap kejadian ini menjadi pengajaran agar peniaga mempunyai sifat toleransi diantara satu sama lain.

Total
0
Shares
Related Posts