Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Demi Anak, Pemuda Ini Sanggup Cari Mainan Terbuang

Apabila sudah mempunyai anak, apa sahaja ibu bapa sanggup lakukan demi kegembiraan mereka.

Baru-baru ini, laman TikTok @abieaisymikhail berkongsi video mencari mainan di tempat pembuangan sampah untuk anak-anaknya bermain.

Baca juga: Challenge Sambung Ayat Al-Quran, Buat Netizen Kagum

Biarpun sesetengah orang merasakan sifat itu memalukan. Namun, lelaki itu tekad mencari dan tidak malu berbuat demikian.

@abieaisymikhail

X malu ke ambik mainan kt sampah…x kisah lh org nk ckp apa.asal kn ank2 aku hppy dgn cara aku

♬ original sound – bOyS_sLoE YC – bOyS_sLoE

Dalam video berdurasi 21 saat itu, dirinya dilihat sedang mencuci troli mainan berwarna merah jambu dengan sabun selepas menemuinya di antara sampah. Dia kemudian memberikannya kepada anak-anaknya.

Anda seorang bapa yang hebat

Menjengah diruangan komen rata-rata netizen memuji sifat yang dilakukan oleh individu tersebut kerana sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak yang tersayang.

Jadi kalau korang pernah rasa nak buang barang boleh pertimbangkan untuk menderma. Korang mungkin tidak akan tahu betapa seseorang itu menghargai sesuatu yang korang tidak perlukan lagi.

Total
0
Shares
Related Posts