Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

‘Kau Nak Hilang Kerja?’ Lelaki Mengamuk ‘Order’ Lambat, Ugut Pecat Rider

Dia salah pin lokasi, dia mengamuk..?

Semalam, tular sebuah video, seorang lelaki mengamuk apabila makanan yang dipesan lambat sampai ke lokasi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok @minyakhitamjalanan yang juga merupakan seorang rider telah dimarahi oleh individu di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

@minyakhitamjalanan

Dia bagi salah location dgn grabfood.. Aku dah sampai location dia cakap kau tak pandai cari sediri ke.. Aku dah cari satu jam.. Dia sampai2 je dia marah aku depan org ramai dia ingt aku takde hati ke ape… Lepas dia nak cakap dia boleh buat aku hilang kjer plk tu..

♬ bunyi asal – minyakhitamjalanan – minyakhitamjalanan

Dalam video itu, rider itu menjelaskan lelaki tersebut memberi maklumat penghantaran yang salah kepadanya namun, sebaik sahaja tiba di lokasi, lelaki itu bertindak memarahinya dan memberi ugutan mahu memecat dirinya.

Tidak gentar dengan ugutan, rider itu telah mencabar lelaki tersebut untuk membuang dia daripada pekerjaan tersebut memandangkan dia mendakwa pihaknya adalah rakan kongsi kepada grab food.

Dia bagi salah lokasi dengan grabfood.. Aku dah sampai location dia cakap kau tak pandai cari sendiri ke..

Baca juga: Fenomena Letusan Lumpur Di Sabah Bukanlah Kali Pertama

Sampai-sampai je dia marah aku depan org ramai, dia ingat aku tak ada hati ke ape… Lepas dia nak cakap dia boleh buat aku hilang kerja pula tu

Total
0
Shares
Related Posts