Malaysia terkenal dengan keunikannya yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama. Malah, Malaysia juga terkenal dengan sifat prihatin dan saling bantu-membantu.
Lagi-lagi apabila kemalangan berlaku, pengguna jalan raya di kawasan setempat segera keluar dari kenderaan dan memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan.
Baca juga: Polis Trafik Kemalangan Dibantu Orang Awam Buat Netizen Kagum
Pemandu Lori minta tolong grup facebook hantar air
Seorang pengguna Facebook bernama Faiq Haziq Rusli meminta bantuan kepada sesiapa untuk membeli dan menghantarkan air kepadanya kerana tersekat di tepi jalan raya akibat lorinya yang rosak.
Menjengah diruangan komen, pemandu lori itu memaklumkan bahawa ramai pengguna Facebook datang menghulurkan minuman seperti jus oren dan teh o’ ais kepadanya.
Pemandu lori berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang datang memberikan makanan dan minuman kepadanya di tepi jalan.
Ramai terharu dengan kelakuan rakyat Malaysia yang prihatin
Walau hanya sekadar memberikan air, tindakan itu sudah pasti memberi makna yang besar kepada pemandu lori tersebut. Malah, diruangan komen rata-rata pengguna media sosial yang terharu dengan pertolongan yang dihulurkan oleh sesetengah rakyat prihatin.
Sangat bangga dengan sikap rakyat kita. Bila ada antara kita dilanda kesusahan pasti akan ada yang bantu.