Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pemandu Dikecam ‘Jatuhkan Maruah Wanita’, Kongsi Cerita Penumpang Wanita Bocor?

Apabila bekerja sebagai pemandu e-hailing, mesti akan terjumpa dengan bermacam-macam jenis dan ragam orang.

Baru-baru ini, seorang pemandu telah menceritakan pengalaman ketika mengambil seorang penumpang wanita telah mengundang kemarahan netizen di media sosial.

Sumber: Facebook

Menurut hantaran itu, selepas dia menghantar penumpang tersebut ke destinasi yang diminta, pemandu ini telah terhidu bau masam dan hanyir di dalam kereta sehingga menyebabkan dia berhenti ke tepi jalan untuk periksa.

Nampak kesan tu aku pun dengan yakin pegang guna tangan nak cium bau dia. Alangkah terkejutnya aku bau dia buat tekak aku rasa nak muntah.

Pemandu ini kemudiannya mengambil kain untuk mengelap kesan tersebut dan melihat bahawa kesan tersebut berwarna merah sebelum google dan sahkan bahawa ianya merupakan darah haid.

Walau bagaimanapun, pemandu itu telah membuat aduan dan syarikat tersebut meminta agar dia pergi hantar kereta untuk dibersihkan dan duit tersebut boleh dituntut semula.

Hantaran ini menjatuhkan martabat dan maruah seorang wanita

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tak berpuas hati dengan perkongsian pemandu tersebut. Kebanyakan dari mereka telah mengecam cara penceritaan pemandu tersebut yang dianggap telah menjatuhkan maruah wanita.

Pendapat korang macam mana? Adakah salah tindakan pemandu kongsikan pengalaman dia sebagai pekerja e-hailing?

Total
0
Shares
Related Posts