Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Konsert Billie Eilish Buat Segelintir Penonton Kecewa

Hashtag ‘BillieEilishTourMalaysia’ menjadi trending sejak malam tadi.
Billie Eilish

Tidak dinafikan konsert Billie Eilish Happier Than Ever – The World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil, telah menghiburkan peminat semalam.

Walau bagaimanapun, ada segelintir penonton yang membeli tiket berharga ‘mahal’ meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila jarak pentas dan tempat duduk sangatlah jauh. Bahkan, ada di antara mereka yang meminta pihak penganjur menyediakan teropong untuk melihat lebih jelas persembahan Billie Eilish.

Bukan itu sahaja, ada juga antara penonton yang meluahkan rasa kecewa dengan sound system yang digunakan kerana tidak dapat mendengar suara Billie Eilish dengan jelas. Selain itu, di ruangan komen, rata-rata netizen berharap perkara seperti itu tidak berulang lagi.

Selain itu, di ruangan komen, rata-rata netizen berharap pihak penganjur akan menambah baik dan memastikan konsert akan datang tidak berdepan situasi seperti ini atau boleh memilih tempat lain supaya perkara ini tidak berulang lagi.

Total
0
Shares
Related Posts