Baru-baru ini, influencer yang terkenal dengan masakan, Khairul Aming telah berkongsi sebuah video resepi masakan nasi lemak di akaun media sosialnya. Namun, perkongsian itu telah menerima satu kritik daripada pengguna media sosial.
Cara buat Sambal nampak malas
Namun, perkongsian resepi oleh Khairul Aming telah dipersoalkan oleh seorang pengguna Twitter. Individu itu mendakwa cara pembuatan sambal nasi lemak yang dikongsikan Khairul Aming bersifat ‘malas’
Malah, pengguna itu juga mempertikaikan penggunaan daun limau purut yang diletakkan di dalam nasi tersebut kerana kebiasaannya hanya daun pandan sahaja digunakan.
Belajar nasi lemak dari ibu sendiri, bukannya Khairul Aming
Individu berkenaan memberitahu orang ramai supaya belajar resepi nasi lemak mengikut cara ibu masing-masing dan tidak perlu menggunakan resepi Khairul Aming.
Malah, individu tersebut mendakwa setiap langkah yang dibuat oleh Khairul Aming dengan menggunakan periuk tersebut adalah salah satu taktik supaya tertarik dengan produk yang dijual.
Baca juga: Khairul Aming Digelar ‘Berhala’, Buat Netizen Berang
Itu nasi lemak mak awak, lain orang lain citarasa
Menjengah diruangan bebenang, ramai pengguna menepis dakwaan ‘malas’ dengan menyatakan bahawa setiap orang mempunyai cara dan resepi tersendiri bagi menghasilkan masakan tersebut.
Setakat ini video resepi nasi lemak yang dikatakan ‘malas’ itu telah menerima sebanyak 32.8k likes dan 10.9k retwit.