Tidak dinafikan iPhone adalah peranti yang popular dan sering menjadi kegilaan rakyat Malaysia diluar sana. Namun harga yang ditawarkan Apple sangat mahal dan mencecah RM6,000 untuk sebuah peranti.
Dalam satu hantaran di Facebook, seorang pengguna Facebook telah berkongsi taktik menggunakan mata / point Grabpay untuk membeli iPhone 14 Pro Max.
Jimat RM5,145.70 selepas guna Mata Grabpay
Melalui gambar screenshot, Lelaki itu mempunyai 893,590 mata grabpay yang membolehkannya mendapat potongan harga sehingga RM5,145.70.
Memandangkan iPhone 14 Pro Max berharga RM6,299, pengguna itu hanya perlu membayar RM883.30 untuk memiliki iPhone tersebut.
Baca juga: Ini Senarai Harga iPhone 14, Pra-Tempahan Dibuka Pada Hari Malaysia
Perkongsian itu telah menarik lebih daripada lebih 2,400 perkongsian. Malah ada diantara netizen yang teruja dan ingin menyimpan mata grabpay untuk membeli iPhone tahun depan.
Apa lagi guys jom lah simpan mata Grabpay..