Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Ini Senarai Harga iPhone 14, Pra-Tempahan Dibuka Pada Hari Malaysia

Apple telah mengumumkan beberapa produk termasuk empat model iPhone 14 iaitu iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max dalam acara pengenalan pagi tadi.

Empat model ini mempunyai perbezaan yang ketara. Namun yang menjadi perhatian adalah penambahan iPhone 14 Plus, iaitu iPhone skrin besar “mampu milik”.

Penambahan itu juga bermaksud, iPhone model “mini” telah disingkirkan dari produk jual. Ini sekaligus menjadi iPhone 14 menjadi model “mini” dalam barisan iPhone baharu.

Difahamkan iPhone 14 dan iPhone 14 Pro boleh didapati dengan pra-tempahan di Malaysia mulai Jumaat depan, 16 September yang juga merupakan Hari Malaysia. Stok untuk iPhone 14, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan tersedia mulai 23 September manakala iPhone 14 Plus akan tersedia mulai 7 Oktober.

Ini juga adalah antara keluaran terpantas yang dilakukan oleh Apple untuk rakyat Malaysia kerana anda boleh mendapatkan iPhone 14, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max hanya dua minggu selepas acara tahunan Apple. Malah iPhone 14 Plus akan dikeluarkan di Malaysia pada masa yang sama dengan negara AS, UK, Australia dan Singapura pada 7 Oktober.

Harga untuk iPhone 14

Sumber: apple

Berikut ialah senarai harga penuh untuk keseluruhan siri iPhone 14 dan iPhone 14 Pro di Malaysia:

Harga iPhone 14

  • iPhone 14 128GB – RM4,199
  • iPhone 14 256GB – RM4,699
  • iPhone 14 512GB – RM5,699

Harga iPhone 14 Plus

  • iPhone 14 Plus 128GB – RM4,699
  • iPhone 14 Plus 256GB – RM5,199
  • iPhone 14 Plus 512GB – RM6,199

Harga untuk iPhone 14 Pro Max

Sumber: apple

Harga iPhone 14 Pro

  • iPhone 14 Pro 128GB – RM5,299
  • iPhone 14 Pro 256GB – RM5,799
  • iPhone 14 Pro 512GB – RM6,799
  • iPhone 14 Pro 1TB – RM7,799

Harga iPhone 14 Pro Max

  • iPhone 14 Pro Max 128GB – RM5,799
  • iPhone 14 Pro Max 256GB – RM6,299
  • iPhone 14 Pro Max 512GB – RM7,299
  • iPhone 14 Pro Max 1TB – RM8,299

Mata wang Ringgit Malaysia rendah punca harga iPhone naik

iPhone

Untuk makluman, harga untuk iPhone baharu telah meningkat sebanyak RM300-RM700 yang sebahagiannya disebabkan oleh Ringgit yang lemah (kini USD 1 = RM4.50).

Jika dibuat perbandingan, harga iPhone 13 128GB yang telah dilancarkan tahun lepas berharga RM3,899 manakala iPhone 13 Pro 128GB berharga RM4,899. Malah, iPhone 13 Pro Max 1TB dilancarkan pada harga RM7,599 manakala iPhone 14 Pro Max 1TB terbaharu berharga RM8,299.

Total
0
Shares
Related Posts