Baru-baru ini, Kerajaan telah mengagihkan pakej peranti siswa sebagai satu insiatif memudahkan pelajar-pelajar untuk belajar ketika berada dalam kuliah universiti. Namun dengan hanya berbekalan peranti, pelajar mungkin tidak tahu aplikasi mana yang hendak diguna untuk tujuan pembelajaran.
Disini kami mengumpulkan lima aplikasi belajar terbaik untuk membantu pelajar untuk mengimbas dokumen, peta minda, rujukan dan menggunakan peranti dengan cekap.
Google Drive, Sheets, Docs, Slides
Everything is digital nowadays. Korang pun mesti tahu tentang “Google Drive” dan bagaimana ia berfungsi, kan? Melalui Google Drive, anda tidak perlu menyimpan fail ke dalam pendrive. Malah anda boleh menyimpan sebarang jenis fail yang boleh di akses di mana-mana asalkan mempunyai sambungan internet yang stabil.
Baca juga: 5 Ciri Baharu Google Docs Yang Korang Perlu Tahu
Malah Google juga telah membuat satu aplikasi yang baik untuk pelajar jika tidak mempunyai Microsoft Office kerana keupayaannya untuk membolehkan anda membuka dan menyunting Document, Spread Sheets dan PowerPoint Slide.
Grammarly
Grammarly memastikan semua perkataan mudah dibaca, berkesan dan bebas dari kesilapan. Grammarly mengesan kesilapan tatabahasa, ejaan, tanda baca, pilihan perkataan dan gaya dalam penulisan anda secara automatik. Jadi senanglah nak score ketika menulis assignment atau report untuk kerja rumah anda.
Walau bagaimanapun, aplikasi ini terhad untuk bahasa English sahaja dan perlu membuat bayaran bulan untuk menggunakan perkhidmatan yang lain.
CamScanner
Korang perlu menghantar dokumen fizikal secara online? Tapi tidak tahu macam mana nak melakukannya? Camscanner mampu menolong anda!
CamScanner adalah aplikasi yang menukar camera anda menjadi pengimbas mudah alih. Hanya tangkap gambar dokumen kertas, resit, nota, papan putih atau kad perniagaan. CamScanner akan membuat gambar korang menjadi dokumen serta meningkatkan imej kualiti secara automatik, menjadikan teks mudah dibaca.
Canva
Korang bukan dari bidang grafik tetapi perlu membuat poster, infographic, atau resume untuk assignment?Jangan risau korang boleh guna aplikasi Canva.
Canva adalah design website seperti Adobe di mana korang boleh mereka bentuk poster, logo, video dan banyak lagi.
Dalam canva terdapat banyak template yang tersedia. Malah anda juga boleh mengubah suai template tersebut dan jadikan ia seperti yang anda mahukan. Namun terdapat beberapa template yang anda perlu bayar untuk menggunakannya.
Sekarang anda dah tahu aplikasi-aplikasi yang boleh membantu anda ketika di dalam Universiti. Hiks harap aplikasi-aplikasi ini dapat membantu memudahkan tugasan anda. yang paling penting, kesemuanya boleh dimuat turun secara percuma!
Formatically
Malas buat rujukan untuk assignment atau kertas penyelidikan? Korang jangan pula pergi letak link website dekat kertas kerja. Antara alternatif yang korang boleh guna adalah Formatically
Website ini membantu anda membuat keseluruhan bibliografi anda dengan segera. Malah ia juga menyokong petikan MLA, APA, Chicago, Harvard untuk buku, web, audio, video, karya seni, entri kamus dan banyak lagi.