Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Lebih 1,700 Aduan Jenayah Siber Dicatat Setakat Februari 2023

Jenayah siber memberikan suatu masalah baharu kepada masyarakat dan negara. Ianya menimbulkan kebimbangan kerana memberi kesan kepada pembangunan sosial dan ekonomi.

Kebergantungan rakyat Malaysia kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Ini telah membuka kepada risiko ancaman baharu iaitu penipuan atas talian.

800,000 cubaan serangan siber dicatatkan dari 2017 hingga 2021

Semalam, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata, cubaan serangan siber semakin berleluasa di negara dan ia merupakan situasi yang membimbangkan kerana melibatkan kerugian kepada negara.

Beliau turut berkata bahawa lebih 1,700 kes aduan panggilan scammer dicatatkan setakat januari dan februari menurut Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Baca juga: Penubuhan NSRC Bantu Mengatasi Masalah Jenayah Siber

Malah, perkara itu telah menyebabkan kerugian sebanyak RM27 juta.

Manakala pada Januari dan Februari tahun ini, setiap bulan berkenaan kita terima lebih 1,700 kes aduan panggilan scammer dan menurut Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) ia melibatkan kerugian RM27 juta.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan bahawa hampir 800,000 cubaan serangan siber dicatatkan dari 2017 hingga 2021 berdasarkan statistik Cyber Security Malaysia (CSM).

Untuk makluman, RM600 juta kerugian direkodkan sepanjang 2022 akibat daripada jenayah siber di negara ini.

Sumber: bernama,

Total
0
Shares
Related Posts