Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Khairul Aming Kongsi Tips Rakam & Muat Naik Video Berkualiti

Guna tetapan ni 100% jadi Influencer

Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman, sememangnya tidak asing lagi dengan video resepi masakan di media sosial.

Menariknya kali ini, Khairul Aming telah berkongsi rahsia sebenar memuat naik video dengan resolusi 4K untuk platform Instagram.

Khairulaming kongsi cara rakam video berkualiti tinggi

Menerusi hantaran di muat naik yang di laman Twitter (@khairulaming). Khairul berkongsi cara-cara untuk merakam dan memuat naik video berkualiti tinggi dengan resolusi 4K di Instagram.

Walau bagaimanapun tips yang dikongsikan ini hanya boleh diguna pakai oleh pengguna iPhone sahaja.

Baca juga: Resepi Nasi Lemak Khairul Aming Dikritik Sebagai Cara Malas?

Cara menukar tetapan dalam iPhone untuk rakaman berkualiti

  1. Pergi ke bahagian Settings.
  2. Klik Camera dan Record Video. Kemudian, klik pada tetapan 4K at 60 fps.
  3. Aktifkan tetapan HDR Video dan juga Enchance Stabilisation sekiranya anda menggunakan iPhone 14.

Cara muat naik video berkualiti tinggi di Instagram

Untuk memuat naik video berkualiti tinggi di laman Instagram pula ;

  1. Klik Account pada bahagian Settings.
  2. Kemudian, klik Data usage.
  3. Aktifkan tetapan High-quality uploads.

Untuk mendapatkan kualiti yang cantik, korang perlu merakam video menggunakan kamera telefon terlebih dahulu sebelum memuat naiknya di Instagram. Elak gunakan aplikasi Instagram untuk membuat rakaman.

Lepas ini, korang juga berpeluang untuk menghasil video yang berkualiti tinggi untuk tujuan bisnes dan sebagainya. Selamat mencuba!

Total
0
Shares
Related Posts