Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

2 Platform Kripto Digodam, Kerugian Mencecah $200 Juta

Kerugian Yang Di Alami Oleh Solana & Nomad Mencecah $200 Juta
kripto

Serangan siber terus melanda pasaran kripto, kali ini serangan telah menjejaskan beribu-ribu pelabur kripto. Perkara tersebut berlaku di platform rantaian Solana. Pengguna SOL mendakwa bahawa wang kripto telah dicuri dari platform Solana (SOL).

Serangan itu dilaporkan berlaku pada awal pagi Rabu, penggodam itu dikatakan telah mencuri wang kripto daripada 8,000 dompet di Solana dan kerugian sebanyak $8 juta telah dihasilkan.

Solana juga mengesahkan bahawa isu godaman ini terjejas kepada mereka yang menggunakan aplikasi dompet Slope dan mereka yang menggunakan dompet kripto fizikal  tidak terkesan oleh godaman ini.

Solana juga mengalami kerugian besar selepas serang itu dan menyebabkan nilai token SOL turun sebanyak 7.3%, dan turun ke paras terendah sepanjang minggu sebanyak $38.40.

Sebelum ini, Nomad juga menjadi mangsa pengodam dan mengalami kerugian sebanyak $190 juta akibat kejadian tersebut. Serangan itu digelar sebagai “FrenziedFree-for-all“, yang membolehkan pengguna membuat transaksi haram dengan menyalin data asal panggilan transaksi penggodam dan menggantikan alamat asal dengan alamat peribadi.

kripto
Footaj macam mana Nomad Bridge kena godam.

Walau bagaimanapun, Nomad telah meminta penggodam “white hat” atau penggodam beretika untuk mengembalikan token jika mengambilnya untuk menunjuk kecacatan dalam sistem. Setakat ini, $16.6 juta telah dikembalikan oleh penggodam “white hat” di alamat dompet pemulihan Nomad.

Sumber: coindesk, blockworks, theedgemarkets

Total
0
Shares
Related Posts