Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Harga Netflix Malaysia Mulai Turun Hari Ini

Pengguna di Malaysia kini boleh melanggan Netflix dengan harga lebih murah selepas Netflix menyemak semula harga Pelan Asas di Malaysia.

Harga pelan Asas itu diturunkan sebanyak RM7 menjadikan ia berharga RM28/bulan daripada RM35/bulan.

Bukan itu sahaja, pelan Asas yang dahulunya menyediakan tontonan SD 480p sahaja, kini dinaik taraf dan menyokong tontonan HD 720p. Naik taraf itu dikatakan dapat menawarkan pilihan meluas filem dan tayangan berkualiti, disusun khas untuk pelanggan.

Baca Juga: Netflix Memperkenalkan Butiran ‘Anti Sharing Password’

Walau bagaimanapun, tiada sebarang perubahan harga diumumkan pelan Standard atau Premium. Netflix masih mengekalkan harga RM45 untuk Standard dan RM55 bagi Premium.

Total
0
Shares
Related Posts