Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Netflix Memperkenalkan Butiran ‘Anti Sharing Password’

Netflix telah mengeluarkan butiran mengenai panduan maklumat Berkongsi Akaun Anda untuk memasukkan satu siri peraturan baharu yang memerlukan pelanggan mengesahkan peranti rumah mereka setiap bulan atau berisiko mendapat akses mereka disekat.

Perkhidmatan penstriman juga menyatakan bahawa “sebarang peranti yang bukan sebahagian daripada lokasi utama pemilik akaun akan disekat” dan pengguna tersebut digalakkan untuk membuat akaun mereka sendiri.

Untuk memastikan peranti rumah dikaitkan dengan lokasi utama pemegang akaun, syarikat itu akan meminta pengguna menyambung ke WiFi di lokasi utama, membuka aplikasi atau laman web Netflix dan menonton sesuatu sekurang-kurangnya sekali setiap 31 hari.

Baca Juga: 5 Aplikasi Memudahkan Pelajar Ketika Belajar Di Universiti

Syarikat itu berkata ia menggunakan maklumat seperti alamat IP, ID peranti dan aktiviti akaun untuk menentukan sama ada peranti yang dilog masuk ke akaun disambungkan ke lokasi utama.

Menurut laporan The Streamable peraturan baharu itu hanya terpakai di negara terpilih , iaitu Chile, Costa Rica dan Peru. Ini kerana negara di Amerika Utara telah menjadi lubuk tertinggi dalam membuat perkongsian akaun.

Walau bagaimanapun, masih tiada maklumat bahawa peraturan baharu ini akan digunakan di Malaysia.

Terdahulu, Netflix telah mengumumkan bahawa syarikat itu merancang untuk meminta pengguna yang berkongsi akaun dengan orang lain di luar isi rumah mereka untuk membayar caj tambahan.

Sumber: The Streamable

Total
0
Shares
Related Posts