Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Komet Hijau Dijangka Lintas Bumi Selepas 50,000 Tahun

Sebuah komet hijau gergasi yang bernama ‘dirty snowballs‘ akan melintas melepasi Bumi harini buat pertama kali dalam tempoh 50,000 tahun.

Komet yang ditemui kurang dari setahun yang lalu akan melintas planet kita dalam jarak 42 juta kilometer (26 juta batu) dan tidak akan kembali selama berjuta-juta tahun.

Baca Juga: Saintis Ramal ‘Kiamat Internet’ Bakal Berlaku Beberapa Dekad Lagi?

Menariknya komet ini boleh dilihat di langit malam yang jelas dengan teropong dan teleskop kecil, dan mungkin dengan mata kasar di sudut paling gelap di Hemisfera.

Untuk makluman, komet hijau digelar sebagai “dirty snowballs” oleh ahli astronomi kerana komet tersebut adalah hasil daripada bebola ais, habuk dan batu yang berjalan ke arah sistem suria.

Kali terakhir komet itu melintasi Bumi adalah pada zaman Neanderthal dimana mamalia besar Zaman Ais seperti gajah mammoth dan Afrika adalah tempat yang hijau, subur dan hujan.

Sumber: DailyStar

Total
0
Shares
Related Posts