Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Wanita Patah Rusuk Akibat Batuk Makan Pedas?

Seorang wanita di China mengalami patah empat tulang rusuk selepas batuk akibat makanan pedas.

Huang yang berasal dari Shanghai, berkata ketika dia batuk, dia terdengar bunyi retak yang tajam dari dadanya. Namun, dia tidak fikir ada apa-apa yang berlaku, tetapi kemudian dia berasa sakit apabila bercakap dan bernafas.

Imbasan CT mendedahkan empat rusuk Huang patah, dan dia diberitahu oleh doktor dia perlu memakai pembalut dada selama sebulan dan berehat sementara tulang rusuknya sembuh.

Punca asas patah tulang kecil itu ialah berat badannya yang kurang sihat?

Berdiri pada ketinggian 171cm dan berat hanya 57kg, Huang berkata dia sangat kurus pada bahagian atas badannya dan tulang rusuknya kelihatan.

Malah, doktor berkata antara punca utama keretakkan berlaku adalah akibat Huang tidak mempunyai otot untuk menyokong tulangnya.

“Rusuk anda boleh dilihat dengan jelas di bawah kulit. Tiada otot untuk menyokong tulang, jadi mudah untuk tulang rusuk anda patah apabila batuk,”

Walau bagaimanpun, Huang telah berjanji bahawa selepas pulih daripada kecederaannya, dia akan melakukan lebih banyak latihan fizikal untuk meningkatkan jisim otot dan berat bahagian atas badannya.

Sumber: SCMP

Total
0
Shares
Related Posts