Kejadian ribut besar di angkasa lepas dilaporkan mampu mencetuskan ‘kiamat internet’ dalam dekad akan datang.
Menurut laporan Daily Star, sekumpulan saintis yang meramalkan berlakunya gangguan talian berbulan lamanya apabila ribut merosakkan satelit dan talian kuasa.
1% peluang lihat ribut lain dalam dekad mendatang
Dr. Benjamin Pope dari Universiti Queensland di Australia berkata, berdasarkan data yang ada, terdapat kira-kira 1% peluang untuk melihat ribut lain dalam dekad akan datang.
Namun, kami tidak tahu bagaimana untuk meramalkannya atau apa kemudaratan yang mungkin berlaku disebabkannya. Kemungkinan ini agak membimbangkan, dan meletakkan asas untuk penyelidikan lanjut,
Dr. Benjamin Pope dari Universiti Queensland di Australia
Difahamkan, pasukan saintis yang melakukan kajian tersebut menggunakan lapisan pada batang kayu untuk meramalkan fenomena itu.
Letusan besar sinaran kosmik Miyake berlaku sekali setiap 1,000 tahun.
Selain itu menurut benjamin, teori utama adalah yang akan memusnahkan teknologi termasuk satelit, kabel internet, talian kuasa jarak jauh dan transformer adalah letusan besar sinaran suria seperti peristiwa Miyake yang berlaku setiap 1,000 tahun.
Letusan besar sinaran kosmik yang dikenali sebagai Peristiwa Miyake ini berlaku kira-kira sekali setiap 1,000 tahun tetapi puncanya tidak jelas.
Dr. Benjamin Pope dari Universiti Queensland di Australia
Baca Juga: Kapal NASA Rempuh Asteroid Pagi Esok
Malah, kesan ke atas infrastruktur global juga tidak dapat dibayangkan
Dr. Benjamin Pope dari Universiti Queensland di Australia
Penyelidikan itu diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the Royal Society A Mathematical Physical and Engineering Sciences.
Sumber: Daily Star,